Friday, October 23, 2009

Malaysia Student Life In Yemen ( The Tishreen House Geng )











Semesta baru pengajian telah bermula..kesibukan kian terasa apabila baru pulang dari cuti yang panjang..moga pengajian pada tahun ini memberi suatu yg lebih bermakna pada kami..Aminn..




Dimanakah Yaman





Yaman, secara rasmi dipanggil Republik Yaman (bahasa Arab: الجمهورية اليمنية), ialah sebuah negara Timur Tengah yang terletak di Semenanjung Arab di Asia Barat Daya. Yaman terdiri daripada bekas Yaman Utara dan Selatan. Negara ini menyempadani Laut Arab dan Teluk Aden di selatan, Laut Merah di barat, Oman di timur laut, dan sempadannya yang lain bersebelahan dengan Arab Saudi. Wilayah Yaman termasuk Socotra, sebuah pulau terpencil yang terletak lebih kurang 350 kilometer (217 batu) di selatan, berhampiran dengan Afrika Timur.


ABOUT YEMEN
Ibu negara(dan bandar raya terbesar) : Sana'a
: 15°21′N, 12°24′E

Bahasa rasmi : Bahasa Arab

Kerajaan Republik
- Presiden Ali Abdullah Saleh
- Perdana Menteri Abdul Qadir Bajamal

Penubuhan
- Penyatuan : 22 Mei 1990
- Air (%) : sedikit sahaja

Penduduk
- Anggaran Julai 2005 : 20,975,000 (51)

KDNK (PPP) Anggaran 2005
- Jumlah $19.480 billion (110)
- Per kapita $900 (175th)

HDI (2004) ▲ 0.492 (rendah) (150)

Mata wang Riyal Yaman $100 : 20600 Riyal (YER)

Zon waktu :(UTC+3)

Internet TLD : .ye
Kod panggilan : +967








Anda Tetamu Kami Yg Ke


border="0" alt="Free Web Counters">


Website Hit Counters


Assalamualaikum..syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya kami dapat menghasilkan satu laman blog tentang kehidupan kami diperantauan juga untuk menyampaikan apa yang disyariat oleh islam ..Ini juga atas permintaan rakan-rakan di malaysia juga yang berada di Yaman,Mesir,Syria dan Jordan..semoga laman blog ini dapat memberi sesuatu yang baru dan bermakna pada kalian ,insyallah..pendapat dan sokongn dari kalian amat kami alukan..jazakallah hu khairan..

Firstly Kami ingin ucapkan terima kasih pada kalian yang sudi melawati blog kami..Tujuan kami mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman,pengajian serta cabaran yang dihadapi sepanjang berada di perantauan..serta menyampaikan tuntutan islam..


Kami yang berada di perantauan memulakan hidup berdikari yang amat mencabar di negara orang..Dengan tujuan untuk mendalami ilmu islam serta syariatnya kami nekad berhijrah dari tanah air kita Malaysia ke tanah anbia' Yaman..Dengan individu yang berlainan latar belakang kami berkenalan dan dalam masa yang singkat kami menjadi rapat serta tinggal dibawah satu bumbung yang sama..

Ahli rumah kami seramai 10 orang..pasti pelbagai ragam manusia dpt dilihat setiap hari..heheh..








Rumah yang kami diami disewa dengan harga lebih kurang Rm500 ringgit atau 30,000 Riyal Yaman..Kebanyakan ahli rumah kami belajar di Universiti yang sama iaitu di Universiti Sains & Teknologi Yaman dan ada juga yang belajar di Universiti yang lain iaitu Universiti Al-Iman..Jarak ke UST adalah dalam 5km manakala ke Universiti Al-iman hanyalah 1km..Kami ke UST dengan menaiki teksi 40Riyal atau 80sen seorang..manakala yang ke Universiti Al-Iman selalunya berjalan kaki,kadang-kadang ada juga yang menaiki teksi walaupun jaraknya hanya 5minit berjalan..terlewat lah tu...hehe..





Pengalaman berada diperantauan memang sesuatu yang baru untuk sesiapa sahaja yang memulakan kehidupan di negara asing..Kami berhadapan dengan kejutan bahasa,budaya dan adat yang menakjubkan tapi kadang-kadang agak pelik..kami yang berada di negara Yaman juga tidak terlepas dari kejutan serta masalah sedermikian..Macam-macam..nak cerita tak habis menaip..tak cukup blog..tapi pada kalian yang nak tahu..tanya je kat ruangan comment tu..







( ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN )


Kelab Kuda Al-Yamani


Aktiviti menunggang kuda di Kelab kuda Al-Yaman



Ya itu dia kuda kepang bjaya mmintas kuda belang..heheh



Cik kuda jgn cium sy!!



MAJLIS PERPISAHAN RAKAN YG HENDAK PULANG KE TANAH AIR



sepakat membawa berkat..Banyak tangan banyak la sate...hehe



Ayam-ayam yg bjaya ditumbangkan



..jemput makan..



MENYAMBUT/MERAIKAN BIRTHDAY RAKAN DI LUAR



Mula2 kitorang ingat nak letak lilin ats pizza tu..hehe



tunggu ref tiup wisel baru makan tau..



hmmm...nak oder ape ye...



Sambutan birthday yg diadakan dirumah


Pizza dan muffin yg dibuat sendiri teman serumah






JALAN-JALAN MALAM MINGGU


Masjid terbesar di Yaman












Insan2 yg kantoi makan aiskrim tak ajak



Siap posing lg tu




SUKAN DAN REKREASI



Main footsal gak kadang2..dapat hilangkan tencion dan rapatkan ukhwah..









Awas!! terpaan mantera..



Baru je kalah tadi,so..tunggu giliran plak la..



Letih tapi puas



KELAB SUKAN DAN AKUATIK

Berada di negara Arab memang lah amat sukar hendak jumpa dengan sungai,air terjum apatah lagi tasik..jadi sebagai altenatif pengubat rindu air terjun di tanah air kami mencari sumber air di pusat akuatik sebagai mangsa kami untuk berendam..hehe


Luas dan selesa..dan yg pnting..sejukkk..



sahabat kita tu tgh nak terjun tiruk peringkat kanak2..heheh



Ada brani..kalu rumah flat tu tingkat 4 tingginya..fuh..



selepas berendam memang lah lapar sangat..



tambah2 jika ada nasi ayam yg menanti..hmmm..


Hari Raya AidilAdha

Hari raya aidiladha adalah lebih meriah dirayakan disini berbanding raya Aidilfitri.Boleh dikatakan Aidiladha disini adalah lebih meriah dari tanah air kita Malaysia.Tetapi buat kami disini beraya tanpa ayahda dan bonda disisi adalah agak menyedihkan.Sayu terasa bila panggilan dibuat dr prantauan pada malam raya utk mengucapkan ucapan raya.Tetapi inilah hakikat buat insan yg berada diperantauan.
Sepanjang Aidiladha disini banyak juga pekara dan kenangan manis dapat kami temui..walau pun beraya diantara kalangan kami sahaja ada juga kenangan dan pengalaman yg tidak dapat dirasai di Malaysia.

Progam Aidiladha Tahun Ini Diadakan Bersama Diantara Tishreen House,Rumah Iman Dan Dapur Iman.Program berjalan dengan lancar skali dengan kerjasama dari semua rakan-rakan seperjuangan.Rupanya masakan anak-anak teruna pun mengancam juga..heheh





Solat Raya Di Padang Memang Sesuatu Yg Unik



Inilah Mangsa Rakus Manusia Pemangsa..
Inilah Yg Orang Panggil Kibas.



4 ekor Kibas Berjaya Ditumbangkan Pada thn ini.



Kerja-Kerja Melapah Sedang Dilakukan,Kesulitan Amat Dikesali..



Kibas Bogel..Baju Dah Tanggal..



Memang Boleh Buat Kerja Diaorang Ni..



Ramai juga Ye..



2 Orang Pakar Memproses Kepala..



Daging Bakar Pun Ada..hmm ada Air Asam Plak Memang Layannn..



INilah Pakar-Pakar Kuah Kacang..heheh



Dicelah2 Kesibukan tu Ada Juga Yg Sempat Sambut Birthday..



Menu : Nasi Minyak,Sup Tulang,Daging Bakar,Nasi Impit dan Kuah Kacang..






Program bersama Tishreen House,Rumah Iman dan Dapur Iman
Riadah Dan Sukaneka.


Berlokasi Di Taman Rekreasi Al-Syurah.Raya memang ramai orang,pak2 arab memang pelik sikit raya g jalan2 di taman bawak turun habis kabilah dia.Kalau kita di Malaysia tergamakkah kita bawak mak ayah anak bini g raya d taman2 dan fun fair..pelik-pelik..Syukurlah kita rakyat Malaysia yang ada adab dan adab yang lebih elok bebanding mereka.



Tu Beratur Ke Posing..



Haa..Kamu Kesini Cepatt!!



"Kamu Buat Gaya Ini Dan Groub Kamu Perlu Teka Apakah Bendanya"



Okestra Do Re Mi Fa So La Ti Do...



Korang Teka Apakah Ini..?



Qo la Seman : Kelebihan Saya Memang Pada Free Kick



Boleh Masuk Ke Bola Tu..Tapi Qo La Seman "it too easy la(dlm loghat siamnya)"
heheh..jgn marah aaa..





JIKA ANDA BERADA DIPERANTAUAN,APAKAH YG AKAN ANDA RINDUI??

Berada diperantauan memang sesuatu yang baru dan menguji ketahanan mental serta fizikal setiap individu..Dan yg paling sadis sudah pasti anda akan merindui Ibu Bapa,saudara mana dan teman-teman anda di kampung.tetapi ada juga benda dan pekara yang sentiasa bermain difikiran anda..diantaranya ialah : jeng..jeng..jeng..heheh


Wake up and nasi lemak sebagai breakefast


Pada musim buah korang berada dikampung dan ibu korang memasakkan pulut bsama durian


Roti canai kedai mamak kegemaran korang


hmm..memang tak de kat seluruh negara arab



Hobi korang yg terpaksa dilupakan..hmm sadis..


Kereta kesayangan korang yg ditinggalkan..dan korang kena naik teksi iks..iks..


Char koteaw kegemaran korang..hmm..


Air terjun yg hanya dibelakang rumah nenek korang..


Kena tinggalkan moto korang yg baru dibeli..











(RENUNGAN KITA BERSAMA)




Ma'bad Puteri Balqis.Disini tmpat penyembahan matahari dilakukan.

Kisah Balqis iaitu seorang ratu yang memerintah kerajaan Saba’ disebut dalam Surah al-Naml 27, ayat 27-44. Ibu kota Saba’ ialah Ma`arib yang terletak berhampiran kota Sana’a, ibu kota Yaman sekarang.Ratu Balqis dianugerah Allah segala kekuasaaan dan kehebatan. Segalanya itu ialah dugaan dan ujian terhadap baginda serta kaumnya.Bagaimanapun, Ratu Balqis dan kaumnya masih tidak beriman dengan Allah.Mereka yang diperdaya oleh syaitan menganggap bahawa perbuatan menyembah matahari adalah suci dan mereka terhalang daripada mendapat petunjuk Allah.




Kehebatan kerajaan Ratu Balqis diceritakan oleh burung hud-hud kepada Nabi Sulaiman. Di sinilah bermulanya perundingan dan penawaran Nabi Sulaiman supaya Ratu Balqis menerima risalah Allah.Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Pergilah dengan (membawa) suratku ini lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan.” – (Surah al-Naml, ayat 28)




Kewibawaan Ratu Balqis sebagai pemimpin terserlah apabila beliau mengamalkan prinsip syura dengan pembesarnya iaitu selepas menerima surat daripada Nabi Sulaiman. Ini dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Berkata dia (Balqis), `Wahai pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).“Mereka menjawab, Kita ialah orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang tinggi (dalam peperangan) dan keputusan berada di tanganmu, maka pertimbangkanlah apa yang kamu perintahkan.” (Surah al-Naml, ayat 32-33)





Ratu Balqis seterusnya menyatakan pandangannya bahawa setiap pemerintah (raja) yang mahu menakluki sesebuah negeri akan membinasakannya dan menjadikan penduduknya hina.Pada fikirannya itulah yang akan menimpa kerajaan Saba’. Oleh itu baginda membuat keputusan supaya dikirimkan urusan yang membawa hadiah kepada Nabi Sulaiman.Apabila utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, baginda berkata, “Adakah (wajar) kamu menolong aku dengan harta? Apa yang diberikan Allah kepadaku adalah lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapi kamu berasa bangga dengan hadiah kamu.Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan pasukan tentera yang mereka tidak berkuasa melawannya dan kami pasti akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba’) dengan terhina dan mereka menjadi (tawanan) yang hina dina.” – (Surah al-Naml 27:36-37)




Lantas Nabi Sulaiman menanyakan kesanggupan pembesarnya untuk membawa singgahsana Ratu Balqis kepada baginda. Selepas dibawa sebelum sempat matanya berkedip, baginda memerintahkan supaya singgahsana itu dirobohkan untuk menguji sama ada Ratu Balqis masih mengenali singgahsananya itu atau tidak.Kecenderungan tulus ikhlas Ratu Balqis untuk menyahut kebenaran dan seruan suci Nabi Sulaiman juga disebutkan oleh al-Quran. Firman-Nya bermaksud: “Seakan-akan singgahsana ini singgahsanaku. Kami diberikan pengetahuan sebelumnya* dan kami ialah orang yang berserah diri..”– (Surah al-Naml 27:42) (l Maksudnya mengenai kenabian Sulaiman. Ratu Balqis mengetahui kenabian Sulaiman sebelum singgahsananya dipindahkan dari Saba’ ke Palestin dalam sekelip mata.)Ratu Balqis turut mengakui kesilapan dirinya sebagai hamba Allah yang menzalimi diri sendiri kerana tidak beriman dengan-Nya.




Dengan penuh keinsafan dan kerendahan hati, Balqis pun menyatakan keimanannya kepada Allah Yang Maha Berkuasa, Tuhan semesta alam.Firman-Nya bermaksud: “Dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam istana.’ Maka apabila dia melihat lantai istana itu, dianggapnya ia kolam air yang besar dan disingkapkannya kedua-dua betisnya. Berkatalah Sulaiman, `Sesungguhnya ia adalah istana yang licin yang diperbuat daripada kaca.” Berkatalah Balqis, `Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku menzalimi diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.” – (Surah al-Naml, ayat 44).





----------------------------------------------------------------------------------


Dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya. Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya kalau kita teliti dan halus , perkara lain juga didapati berjumlah yang sama. Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali; perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali; Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali; Zakat 32 kali, Barakah juga 32; Berfikir 49, Nur 49, dan Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.
Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.


Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?




Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.



Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya.


Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya.


Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya.


Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya.


Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.



Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia.


Bukan sahaja nilai iman mereka bertambah yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.


Allah swt berfirman,

" Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang."


(An-Nisaa, 174)



Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya oleh Sahabat2Nya ,

"Apakah Nur itu?"


Baginda S.A.W. menjawab,


" Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."


Kemudian ditanya lagi,


" Bagaimanakah tandanya " ?



Sabda baginda S.A.W.


Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."


Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh Allah swt ke dalam hati seseorang."



Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan dan Al- Quran merupaka penghubungnya.



Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dan ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.


Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari Al-Quran.Maka Mari Lah sama sama kita mencari RahsiaNya yang membawa diri kita dekat kepada Allah s.w.t. yang penuh kasihsayang pada hamba hambaNya yang ingin kehidupan yang tenang / aman /senang / mewah /bahagia Dunia dan akhirat .


Semoga kita menjadi orang orang yang berjaya Dunia dan Akhirat . Amin .







Tahukah Kita,Sedarkah Kita..Moga Solat Kita Diterima Allah..
..Amin..





Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak
berhati-hati.

Nama syaitan

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'

Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada
mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.

8) AMIN ..hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita
bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian ;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat
rahmatNya,

Insya-Allah.






6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu
Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada
aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang
nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu
itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh men empuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam







Tanda-tanda akhir zaman


Sabda rasulullahi saw dalam hadithnya :

Golongan yang ramai sekali didalam Neraka adalah terdiri daripada wanita.

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.

"Di antara tanda-tanda hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran,

Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada Azab api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang kasar, yang keras dan yang tidak mendurkai Allah swt terhadap apa yang di perintahkannya.
(Surah At Tahrin, ayat 6).

Assalamualaikum…

Disini ada sedikit sebanyak ingin saya memperingati kepada Ibu-bapa suami-suami dan wanita-wanita mengenai menutup Aurat seperti yg di maksudkan dalam Al’Quran dan Hadith.

Wahai muslimin dam muslimat yang saya kasihi dan hormati, perkara ini bukanlah cerita suka-suka atau rekaan belaka, Tetapi lihatlah dgn dua biji mata kamu sendiri atau kajilah tentang perkara di atas samada benar atau pun tidak, kata rasulullah.

Berapa ramaikah perempuan-perempuan di zaman ini menutup Aurat seperti yg dimaksudkan dalam Al’Quran dan Hadith.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al Quran,

Katakanlah kepada wanita beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan menjaga kemaluannya serta tidak menampakkan perhiasannya ( bentuk tubuh badan ) kecuali yang biasa nampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudungnya ke Dada mereka .Surah ( An Nur ) ayat : 31.

Lihatlah cara remaja Islam kita memakai tudung, mereka sangka mereka sudah sempurna dengan menutup Aurat, malah mereka sengaja menunjuk-nunjukkannya. Mereka memakai dgn bermacam-macam fesyen pula, dgn tidak mengikut syariat yg telah ditetapkan oleh Allah. Kain tudung yang sepatutnya menutup dihadapan ( dada ), mereka alihkanya pula kebelakang. Ada pula yang memakai tudung dengan mengikat di tengah-tengah seperti net tai. Tapi kedua belah kiri dan kanan terbuka. Dan ada pula sebelah dihadapan dan sebelah di belakang Cara ini ada pula yang diikuti oleh orang-orang yang dah berumahtangga. Maasha Allah !!!!. Adakah ini dikatakan menutup Aurat dalam Islam?

Mereka memakai tudung tapi memakai baju atau T-shirt yang ketat-ketat sehingga menampakkan susut tubuh badan. Mereka memakai tudung tapi memakai seluar Jeans yang ketat-ketat sehingga menampakkan bentuk punggung mereka. Di sini bukanlah islam melarang memakai seluar Jeans, tapi kalau pakai pun pakailah dengan baju yang labuh. Supaya bentuk punggung tidak kelihatan nampak.

Dan fahamilah sekalian anda sedang di Laknat oleh Malaikat sepanjang kamu berada dalam pakaian tersebut. Kamu bukan saja menjatuhkan maruah Islam malah kamu sedang menjatuhkan agama Allah. Janganlah bersikap angkuh terhadap Allah. Cuba kamu bayangkan apakah yg akan terjadi sekiranya Malaikat Maut mencabut nyawa kamu ketika itu. Na a’uuzubillahiminzalik

Ini baru kita kaji pada orang yang memakai tudung. Bagaimanakah pula dengan nasib orang-orang yang tidak memakai tudung lagi.Allah sahaja yang dapat menolong mereka.

Dan ini pula kajian daripada para Ulama seluruh dunia, iaitu tentang baju yg sangat di gemari oleh kaum perempuan Islam masa kini terutama di Negara Malaysia iaitu baju tidur atau lebih di kenali dengan nama baju kelawar. Baju tidur atau kelawar hanyalah di pakai semasa tidur atau pun semasa berada di dalam rumah, itu pun bersama suami sahaja. Tapi sayang ramai yang daripada golongan mereka tidak sedar dan sanggup pakai baju tersebut dan keluar berjalan, terutama ke pasar malam. Apakah mereka tidak tahu apa itu AURAT ataupun tidak mendapat pendidikan agama langsung ataupun disengajakan. Tidak kah kamu merasa malu.

Apakah yg sedang berlaku, mengapa kita mengambil perkara ini seperti remeh temeh atau biasa sahaja. Ingantlah kamu bahawa Ibu-bapa yang tidak menegur anak dan Suami yang tidak menegur isteri dikira Dayus dalam Islam maka di akhirat ia akan di masukkan kedalam lubang yang terdapat dlm Neraka Jahanam. Rujuklah hadith rasulullah.


Orang kafir mentertawakan dan tanya kepada org Islam, Ooh beginikah caranya org Islam menutup Aurat. Masih tidak sedarkah kamu bahawa syaitan sedang menipu kita dgn peredaran masa. Apakah Ibu-bapa,suami-suami dan perempuan perempuan tidak tahu tentang perkara ini atau pun memang di sengajakan.

Kalau kita tegur kepada Ibubapa, mereka mengatakkan tak apalah, alah biasalah budak-budak sekarang bukan nak dengar cakap,tenggoklah nanti saya tegur, perkataan macam inilah yang akan membawa padah kepada kita dan keluarga kita di Akhirat kelak.


Apakah mereka takut menegur kpd anak-anak dan isteri-isteri mereka.
Apakah mereka tidak takut akan Azab Allah yang pedih. Apakah kamu lupa Allah telah memberi amanah kepada setiap manusia untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga..

Lihatlah jika perkara ini berlaku kepada keluarga kamu, bermakna mereka telah menjadi contoh kepada tanda-tanda akhir zaman. Mahukah ini berlaku kepada keluarga kamu

Apakah kamu sekalian beranggapan Al’Quran in sebagai cerita donggeng. Tidakkah kamu percaya akan hari kiamat. Tidakkah kamu percaya kita akan di bangkitkan semula. Apakah kamu ingin memperdustakkan ayat-ayat yang diturunkkan oleh Allah. Apakah kamu tidak melihat tanda-tanda kekuasaan Allah yang berlaku di muka bumi ini seperti gempa bumi, Tsunami dan bermacam-macam lagi.

Tolonglah sedar wahai muslimin dan muslimat yang saya kasihi dan saya hormati,janganlah kamu anggap perkara ini remeh temeh. Wahai saudaraku sekelian, marilah kita menasihati anak-anak kita, isteri ,adik serta saudara mara kita.Marilah kita selamatkan diri kita dan kaum keluarga kita daripada Azab Api Neraka Itulah kata kata Allah dalam Surah At Tahrin, ayat 6.

Itulah satu-satunya tanda kasih sayang kita terhadap mereka.

Janganlah kita asyik sibuk dengan dunia yang sementara ini. Kembalilah kepada Al’Quran dan Hadith. Rujuklah kepada orang2 yang Alim, para Ulamak,Ustaz atau Ustazah dan ramai lagi yang bersedia menunjukkan kita kejalan yang lurus dan benar.Belajarlah ilmu agama sedikit sebanyak agar kita tahu kebaikkan dan keburukkan didalam Islam. Dan ianya akan memudahkan jalan untuk kita menuju ke syurga.

Rasulullah s.a.w. bersabda, Barang siapa keluar mencari akan didalamnya ilmu Allah, maka Allah akan memudahkanya ia jalan menuju ke Syurga.

Kawallah anak-anak kita yang sangat suka mengikuti fesyen zaman kini yang sedang di perdayakan oleh Syaitan. Mereka berpakaian tapi pada dasarnya mereka telanjang.

Kasihanilah meraka…..mereka masih tidak sedar akan pedihnya azab api neraka.

Saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada perkataan yang menyakiti hati saudara sekelian. Saya Cuma memperingati saudara serta diri saya sendiri.

Marilah kita insaf, bertaubat dan ikuti perintah Allah, agar kita dimasukkan kedalam syurga bersama dgn org-org yg solih.

Wassalam!!!!

Daripada Tafsiran Ulamak seluruh Dunia. (Asal Bahasa Arab)





6 SOALAN

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang". Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.






HITUNG DIRI ANDA


SUBUHNYA...
Di mana aku brada,
masih enak dlm klambu rindu,
smbil bfoya2 dgn waktu,
masa bagai menderu,
langkah tiada arah dituju,
fikiran terus bcelaru,
terlupa aku semakin dihujung waktu,
"siapa aku didepan tuhanku"

ZOHORNYA...
Aku lebih mmikirkan kelaparan,
kehausan dan rehatku,
aku lebih mmentingkan jawatanku,
btolak ansur dgn waktu,
gembira mngira keuntungan,
terlupa betapa besar kerugian jika aku mgadai ketaatan,
"siapa aku didepan tuhanku"

ASARNYA...
Aku lupa warna masa,
cepat brubah bagai ditolak2,
aku masih dgn scawan kopiku,
tlupa panas sudah dihujung kepala,
aku masih bcerita tntang dunia,
"siapa aku didepan tuhanku"

MAGRIBNYA...
Aku melihat warna alam,
tp aku masih blegar dsebalik takbirnya,
mencari sisa keseronokan,
tidak trasa masa yang singkat,
jalan yang btingkat2,
ruginya bertingkat2,
"siapa aku didepan tuhanku"

ISYAKNYA...
Kerana masa yang panjang,
aku biarkan penat mhimpit dada,
membiarkan kelesuan mengangguku,
aku rela terlena,
bercumbu2 dgn waktu,
"siapa aku didepan tuhanku"

Kini aku tertanya2,
sampai bila aku akan mlambatkan sujudku,
adakah sampai tidak kedengaran azan lagi,
kerana hujung hidup ada mati,
hingga ruang menjadi sempit,
hingga wajahku mjadi asing,
"siapa aku didepan tuhanku"

"siapakah anda didepan tuhan??"










3 comments:

  1. cayalah..terukan usaha korang..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini.

    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    ReplyDelete
  3. terima kasih sahabat2 sekelian...

    ReplyDelete